24 May 2016

Majlis Perasmian Skim Rondaan Sukarela (SRS) Bandar Saujana Putra

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Pada 23-April-2016 telah diadakan majlis perasmian Skim Rondaan Sukarela (SRS) Bandar Saujana Putra bertempat di padang Topaz 3. Majlis dihadiri oleh wakil-wakil SRS bagi setiap taman perumahan di bandar saujana putra. KRT Magentahomes telah menghantar 10 orang wakil bagi menghadiri majlis perasmian tersebut.

Majlis perasmian tersebut telah dirasmikan oleh Orang besar daerah Kuala Langat iaitu Y.D.M Tengku Mohamed Bin Tengku Harun. Majlis turut disertai oleh wakil dari JPNIN dan PDRM. Acara dimulakan dengan bacaaan doa oleh wakil SRS, Ucapan tuan pengerusi majlis, Ucapan oleh Orang besar daerah Kuala Langat, JPNIN dan PDRM.

Acara diakhiri dengan lawatan ke Pos Kawalan SRS bagi setiap taman perumahan di Bandar Saujana Putra. Berikut antara gambar-gambar yang sempat diambil.

























































Terima Kasih.

0 comments :

Post a Comment