25 May 2016

Mesyuarat : Perjumpaan SRS Dan KRT Magentahomes

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,

Pada Rabu, 25 May 2016 telah diadakan satu perjumpaan bersama ahli jawatankuasa SRS dan KRT Magentahomes bertempat di kediaman No 2, Jalan SP 9/31. Seramai 30 orang jiran-jiran Magentahomes telah hadir dalam perjumpaan tersebut.

Perjumpaan bertujuan untuk pendaftaran keahlian SRS dan membincangkan aktiviti-aktiviti yang akan diadakan pada masa akan datang. Antara aktiviti yang dibincangkan ialah, kawalan keselamatan untuk bulan puasa dan hari raya aidilfitri dan majlis berbuka puasa perdana magentahomes 2016.

Terima kasih diucapkan kepada jiran-jiran yang hadir. Semoga hubungan erat sesama jiran akan berkekalan selamanya. Terima Kasih.

                                   "JIRAN SEPAKAT MEMBAWA BERKAT"










0 comments :

Post a Comment