17 April 2016

Sumbangan Kilat Penduduk magentahomes dan Caugar Club bagi membantu Adik Fahyeem (Sp 9/9 ) dan En. Roslaini (Pangsapuri Sri Saujana)

Assalamualaikum dan Selamat sejahtera,

Dengan kerjasama wakil KRT Magentahomes dan Caugar Club, Satu kutipan derma kilat penduduk - penduduk Magentahomes dan ahli - ahli Caugar club telah diadakan pada 08/04/2016 hingga 15/04/2016. Derma kilat bertujuan untuk membantu meringan beban keluarga adik fahyeen (SP 9/9) dan En. Roslaini (Pangsapuri Sri Saujana).

Adik Fahyeem mengalami kegagalan fungsi hati, jantung berlubang dan ketidaknormalan genetik manakala En. Roslaini pula mengalami kelumpuhan menyeluruh dari paras perut hinga ke lutut, saluran najis yang membengkak dan masalah pernafasan.  

Majlis penyerahan sumbangan derma kilat kepada keluarga adik fahyeem telah diadakan pada 16/04/2016 di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) dan telah disampaikai oleh wakil penduduk Magentahomes iaitu En. Shahrul.

Manakala penyerahan sumbangan derma kilat kepada En. Roslaini telah diadakan pada 17/04/2016 di Hospital Putrajaya dan disampaikan oleh wakil penduduk iaitu En. Shahir.

Ribuan terima kasih diucapkan kepada mereka yang banyak membantu samaada dari sumbangan wang ringgit atau tenaga. Insyallah kami doakan agar sumbangan ikhlas dari tuan/puan dikurniakan ganjaran yang hanya Allah s.w.t sahaja yang dapat membalasnya.

Amin.













Penubuhan Kawalan Keselamatan Sempena Tahun Baru Cina 2016

Satu aktiviti kawalan keselamatan bersama sempena tahun baru cina pada tahun 2016 telah diadakan. Aktiviti melibatkan kerjasama antara penduduk KRT Magentahomes, Camelia dan Ivory.

Kawalan bertujuan untuk menjaga keselamatan kawasan perumahan penduduk sempena cuti panjang tahun baru cina 2016. Aktiviti melibatkan penutupan sementara beberapa jalan di kawasan Magentahomes, Camelia dan Ivory. 2 pos kawalan keselamatan telah dibuat disekitar kawasan magentahomes.

Penutupan sementara jalan bermula pada 06/02/2016 dan berakhir pada 14/02/1016. Aktiviti mendapat kerjasama yang penuh dari penduduk-penduduk magentahomes, camelia dan ivory. 
Semoga aktiviti bersama ini dapat diteruskan lagi pada masa akan datang. Terima kasih juga diucapkan kepada mereka yang terlibat dalam menjayakan aktivit ini.

















Malam Aspirasi Dan Jasamu Dikenang Kawasan KRT Daerah Kuala Langat 2016

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,

Pada Ahad 17/01/2016 telah diadakan satu majlis malam aspirasi dan jasamu dikenang bagi kawasan KRT daerah Kuala Langat. Majlis telah diadakan di dewan Jugra daerah Banting. Majlis bertujuan menyambut kehadiran Tuan PPD yang baru iaitu Tuan Ibrahim serta sambutan persaraan bagi Tuan PPD yang lalu iaitu Tuan Radzi.

Beberapa orang wakil bagi setiap KRT dikawasan daerah kuala langat telah menyertai majlis tersebut. 10 Orang wakil dari KRT Magentahomes telah menghadirkan diri pada malam aspirasi tersebut. Antara yang hadir ialah En. yusrul, En. Zul, En.Syafarid, En. Nazim, En. Hilmi.

Terima kasih diucapkan kepada mereka yang hadir.



Futsal Silaturahim KRT Magenta Homes 2016

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,

Sebagai pembukaan aktiviti KRT Magentahomes pada tahun 2016 ini, satu aktiviti futsal santai bersama penduduk magentahomes dan kawasan sekitarnya telah diadakan pada 15/01/2016 bertempat di KSL Puchong Selangor.

Aktivi juga disertai oleh jiran-jiran berhampiran magentahomes iaitu SP10 dan SP8.
Terima kasih diucapkan kepada semua penduduk yang menjayakan aktiviti tersebut. 

Berikut antara aksi-aksi menarik yang sempat dirakam :D