10 July 2015

Selamat Hari raya Aidilfitri, Maaf Zahir Dan Batin


Kami AJK KRT Magentahomes ingin mengucapkan selamat menyambut Hari Raya Aidilfirti kepada semua penduduk - penduduk  Magentahomes. Kami juga ingin memohon ampun dan maaf sekiranya ada salah dan silap dari pada pihak kami. 

Bagi mereka yang pulang ke kampung halaman. Berhati-hati semasa memandu, ingatlah orang yang tersayang.  Kami doakan semoga perjalanan anda selamat sampai kedestinasi yang dituju. Serangkap pantun dari kami :p,

"Tangan dihulur maaf dipinta,
Erat hubungan sesama kita,
Semoga gembira di hari yang mulia ini,
Salah dan silap harap dimaaf,
Selamat Hari Raya Aidilfitri,
Maaf Zahir dan Batin."

Terima Kasih.

Majlis Berbuka Puasa Dan Solat Tarawih @Magentahomes 2015


Pada Sabtu 04 Julai 2015 telah dianjurkan majlis berbuka puasa dan solat tarawih bagi penduduk-penduduk Magentahomes. Majlis diadakan di lokasi padang mini Magentahomes SP 9/17. Majlis Berbuka puasa diadakan berkonsepkan port luck. Majlis dihadiri oleh penduduk-penduduk magentahomes hang hadir bersama keluarga.

Majlis bertujuan untuk mengeratkan lagi silaturrahim antara penduduk-penduduk di kawasan Magentahomes. Acara bermula dengan ucapan daripada tuan pengerusi KRT Magentahomes. Kemudian diikuti pula dengan majlis berbuka puasa, solat maghrib dan diteruskan pula dengan solat tarawih secara berjemaah. Majlis berakhir pada jam 10 malam.

Terima kasih diucapkan kepada penduduk-penduduk yang telah menghadirkan diri kemajlis tersebut.