19 June 2015

Majlis Perlantikan AJK-AJK KRT Kuala Langat 2015

Majlis rasmi perlantikan Ajk-Ajk KRT Kuala Langat telah berlangsung pada 13-06-2015 bertempat di Dewan Antares, Kolej Matrikulasi Banting. Seramai 10 orang wakil KRT Magentahomes telah menghadiri majlis perlantikan tersebut. Tahniah diucapkan.













18 June 2015

Futsal Santai Magentahomes

Biro sukan KRT Magentahomes telah menganjurkan satu aktiviti futsal santai bersama penduduk-penduduk Magentahomes pada 25-04-2015 bertempat di KSL Puchong. Aktiviti bertujuan untuk mengeratkan silaturrahim melalui sukan futsal. Menggalakkan golongan remaja dan golongan muda menjalani gaya hidup yang positif dan sihat.Mewujudkan hubungan positif diantara Magentahomes dan residen persekitaran Magentahomes dengan menjemput mereka sebagai tetamu undangan.







Chit Chat Wanita @Magentahomes

Ketua wanita KRT Magentaomes telah membuat satu perjumpaan dengan wanita-wanita Magentahomes. Perjumpaan bertujuan untuk mengeratkan hubungan kejiranan antara penduduk wanita Magentahomes. Disamping itu juga, dapat bersuai kenal antara satu sama lain. 








Santai Badminton @Magentahomes

Biro Sukan telah menganjurkan aktiviti santai badminton bersama penduduk-penduduk Magentahomes. Aktiviti bertujuan untuk mengeratkan silaturahim antara penduduk.










Santai Magenta Bersama Anggota/Badan-Badan Kerajaan

Satu perjumpaan dengan anggota polis bandar saujana putra dan badan-badan kerajaan telah dibuat.Perjumpaan bertujuan untuk mengeratkan silaturahim antara AJK KRT Magentahomes dengan pihak berkuasa dan badan-badan kerajaan.






17 June 2015

Misi Bantuan Bencana Banjir

Pihak KRT Magentahomes telah menganjurkan aktiviti bantuan bencana banjir kepada mangsa-mangsa banjir di kelantan dan terengganu. 

Terima kasih diucapkan kepada mereka yang terlibat dalam penganjuran aktiviti tersebut.







Mesyuarat AJK KRT Magenta Homes

Pada 01-04-2015, Telah diadakan satu mesyuarat AJK KRT Magenta Homes bertempat di kediaman tuan pengerusi KRT Tn Khairudin. 

Antara agenda mesyuarat ialah :
  1. Membincangkan tentang perancangan aktiviti persatuan.
  2. Misi bantuan banjir di Kelantan.