25 May 2016

Mesyuarat : Perjumpaan SRS Dan KRT Magentahomes

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,

Pada Rabu, 25 May 2016 telah diadakan satu perjumpaan bersama ahli jawatankuasa SRS dan KRT Magentahomes bertempat di kediaman No 2, Jalan SP 9/31. Seramai 30 orang jiran-jiran Magentahomes telah hadir dalam perjumpaan tersebut.

Perjumpaan bertujuan untuk pendaftaran keahlian SRS dan membincangkan aktiviti-aktiviti yang akan diadakan pada masa akan datang. Antara aktiviti yang dibincangkan ialah, kawalan keselamatan untuk bulan puasa dan hari raya aidilfitri dan majlis berbuka puasa perdana magentahomes 2016.

Terima kasih diucapkan kepada jiran-jiran yang hadir. Semoga hubungan erat sesama jiran akan berkekalan selamanya. Terima Kasih.

                                   "JIRAN SEPAKAT MEMBAWA BERKAT"










Aktiviti Memasak Dan Potluck Anjuran Jiran Wanita

Assalamualaikum & Selamat Sejahtera,

Pada Ahad, 22-May-2016 telah diadakan aktiviti jom memasak dan potluck anjuran AJK Jiran Wanita Magentahomes. Aktiviti bermula pada jam 8.00 pagi dan berakhir pada jam 12.00 Tgh Hari dan bertempat di kediaman No2 So 9/16.

Seramai 20 orang jiran wanita Magentahomes telah menyertai aktiviti tersebut. Aktiviti bertujuan untuk mengeratkan lagi hubungan kejiranan sesama jiran wanita di Magentahomes. Antara aktiviti -aktiviti yang dilaksanakan ialah demo masakan kuih oleh Chef jemputan iaitu Pn. Rohanis Katan.

Berikut gambar-gambar menarik yang dapat dikongsikan bersama. :D













Terima kasih kepada jiran-jiran yang terlibat.

24 May 2016

Kawalan Post Dan Rondaan SRS @ Magentahomes

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera.

Pada Sabtu, 21-May-2016 telah diadakan Majlis Perjumpaan Kawalan SRS KRT Magentahomes. Antara agenda aktiviti yang dibuat ialah ialah Perbincangan Berkenaan Kawalan Post SRS Magentahomes, Rondaan di sekitar kawasan perumahan Magentahomes. Berikut gambar-gambar yang sempat diambil :













Majlis Perasmian Skim Rondaan Sukarela (SRS) Bandar Saujana Putra

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Pada 23-April-2016 telah diadakan majlis perasmian Skim Rondaan Sukarela (SRS) Bandar Saujana Putra bertempat di padang Topaz 3. Majlis dihadiri oleh wakil-wakil SRS bagi setiap taman perumahan di bandar saujana putra. KRT Magentahomes telah menghantar 10 orang wakil bagi menghadiri majlis perasmian tersebut.

Majlis perasmian tersebut telah dirasmikan oleh Orang besar daerah Kuala Langat iaitu Y.D.M Tengku Mohamed Bin Tengku Harun. Majlis turut disertai oleh wakil dari JPNIN dan PDRM. Acara dimulakan dengan bacaaan doa oleh wakil SRS, Ucapan tuan pengerusi majlis, Ucapan oleh Orang besar daerah Kuala Langat, JPNIN dan PDRM.

Acara diakhiri dengan lawatan ke Pos Kawalan SRS bagi setiap taman perumahan di Bandar Saujana Putra. Berikut antara gambar-gambar yang sempat diambil.

























































Terima Kasih.