08 February 2017

Mesyuarat KOSPEN bersama Dengan JPNIN dan KEMAS 2017

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,

Pada Rabu 08 Feb 2017 telah diadakan Mesyuarat KOSPEN bersama dengan JPNIN dan KEMAS daerah Kuala Langat. Mesyuarat telah diadakan di Pejabat kesihatan daerah Kuala Langat. Mesyuarat bermula jam 08:30 pagi dan berakhir pada jam 01:00 Tengah Hari.

Mesyuarat telah dihadiri oleh wakil-wakil KOSPEN bagi setiap KRT daerah Kuala Langat. KRT Magentahomes telah diwakili oleh En. Mohd Syafarid Bin Mohd Sharom. Berikut antara gambar-gambar semasa mesyuarat tersebut.





















28 January 2017

SRS Sempena Cuti Tahun Baru Cina 2017 @Magentahomes

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,

Sempena cuti Tahun Baru Cina 2017, AJK KRT dan SRS Magentahomes besama-sama penduduk Magentahomes telah mengadakan kawalan keselamatan di kawasan kediaman. Kawalan keselamatan diadakan selama 2 hari iaitu pada 27,28 Jan 2017.

Aktiviti bertujuan untuk mengelakkan berlakunya kejadian rompakan dan cubaan pecah rumah semasa penduduk bercuti ke kampung. Berikut antara gambar-gambar semasa aktiviti dijalankan.