18 June 2016

Iftar Ramadhan dan Solat Tarawih 2016 @Magentahomes


Assalamualaikum dan selamat sejahtera,

Pada Sabtu 18 Jun 2016 telah dianjurkan majlis Iftar Ramadhan dan solat tarawih bagi penduduk-penduduk Magentahomes. Majlis dianjurkan oleh AJK KRT Magentahomes. Majlis diadakan di kediaman No 2, Jalan SP 9/31 bermula jam 7.00 Petang. Majlis berkonsepkan port luck. Majlis dihadiri oleh penduduk-penduduk Magentahomes hang hadir bersama keluarga.
Majlis bertujuan untuk mengeratkan lagi silaturrahim antara penduduk-penduduk di kawasan Magentahomes. Acara bermula dengan ucapan daripada tuan pengerusi KRT Magentahomes. Kemudian diikuti pula dengan majlis berbuka puasa, solat maghrib dan diteruskan pula dengan solat tarawih secara berjemaah. Majlis berakhir pada jam 10 malam.
Terima kasih diucapkan kepada penduduk-penduduk yang telah menghadirkan diri kemajlis tersebut. Berikut antara gambar-gambar menarik yang sempat diambil.




























01 June 2016

Penyerahan Borang Keahlian dan Pendaftaran Skim Rondaan Sukarela (SRS)

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,

Pada Selasa,31 May 2016. telah diadakan majlis penyerahan borang keahlian dan pendaftaran skim rondaan sukarela (SRS) di pejabat perpaduan daerah Kuala Langat. Penyerahan borang keahlian dan pendaftaran SRS telah dibuat oleh pengerusi srs Magenta Homes iaitu Encik Shafarid.

Semoga dengan penubuhan SRS ini, dapat mewujudkan rasa selamat di kawasan kediaman kita Magenta Homes dan membasmi segala bentuk jenayah dan pencerobohan, dan yang paling penting dapat mewujudkan kesedaran tentang pentingnya menjaga keselamatan sebagai tanggungjawab  kita bersama.

Terima Kasih.