srs info

Assalamualaikum dan Salam 1 magenta...

Kami AJK2 penaja SRS Magentahomes ingin menjemput semua penduduk di Magenta menyertai Skim Rondaan Sukarela bagi menjaga keselamatan Taman kita amnya dan Kediaman kita khasnya.

*Objektif* penubuhan SRS adalah utk menyatupadukan penduduk magenta bagi sama2 memastikan keamanan dan kesejahteraan kawasan perumahan kita terjamin dari unsur2 jenayah.

*Kelebihan penubuhan adalah seperti berikut:-*

1. SRS ini dibawah naungan JPNIN dan setiap pertubuhan SRS akan diberi geran berupa wang tunai bagi menjalankan aktiviti2 yang berkaitan dengan keselamatan kawasan penempatan kita.

2. Setiap ahli yang berdaftar dengan SRS akan dilindungi insuran secara *PERCUMA* sepanjang masa dan dimana saja kita berada termasuk diluar negara. (Rujuk foto yang dilampirkan).

_Justeru itu, kami AJK penaja berbesar hati menjemput semua penghuni di Magenta ini untuk menyertai SRS ini. Kepada yang berminat, sila hubungi *En Shahrul di talian 016-2109562 atau di No 11, Jln SP 9/25*. Sila kemukakan salinan kad pengenalan untuk tujuan pendaftaran._

Sekian, terima kasih.

0 comments :

Post a Comment