28 January 2017

SRS Sempena Cuti Tahun Baru Cina 2017 @Magentahomes

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,

Sempena cuti Tahun Baru Cina 2017, AJK KRT dan SRS Magentahomes besama-sama penduduk Magentahomes telah mengadakan kawalan keselamatan di kawasan kediaman. Kawalan keselamatan diadakan selama 2 hari iaitu pada 27,28 Jan 2017.

Aktiviti bertujuan untuk mengelakkan berlakunya kejadian rompakan dan cubaan pecah rumah semasa penduduk bercuti ke kampung. Berikut antara gambar-gambar semasa aktiviti dijalankan.