03 December 2016

Majlis Gotong Royong Perdana 2016 @Magentahomes

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia.

Majlis gotong royong perdana telah diadakan di kediaman Magentahomes pada 03 Dis 2016. Majlis bermula pada jam 7.00 pagi dan berakhir pada jam 12.00 Tengah Hari. Majlis telah diadakan di lokasi Padang Mini Magentahomes BSP Avenue, Jalan SP 9/17. Majlis telah dianjurkan oleh AJK KRT Magentahomes dengan kerjasama Majlis Daerah Kuala Langat (MDKL) dan COMBI Selangor.

Majlis gotong royong perdana ini telah di hadiri oleh AJK KRT Magentahomes dan disertai oleh penduduk-penduduk magentahomes. Terdapat 10 hadiah cabutan bertuah telah disediakan oleh pihak penganjur. Hadiah utama merupakan percutian 2H1M di Gold Coast Morib.

Majlis antara lain bertujuan untuk memberi kesedaran kepada penduduk berkenaan dengan kebersihan kawasan kediaman.

Penduduk juga diberi penerangan oleh wakil dari COMBI Selangor berkenaan penyakit demam denggi dan langkah-langkah untuk membasmi pembiakan nyamuk aedes dirumah.

Terima kasih diucapkan kepada AJK KRT Magentahomes dan semua penduduk Magentahomes yang dapat hadir ke majlis gotong royong perdana ini. Berikut antara gambar-gambar menarik semasa majlis tersebut diadakan.
























 Terima kasih diucapkan kepada wakil dari COMBI Selangor.













 Tahniah kepada pemenang hadiah utama cabutan bertuah !!! :D





















0 comments :

Post a Comment