10 July 2015

Majlis Berbuka Puasa Dan Solat Tarawih @Magentahomes 2015


Pada Sabtu 04 Julai 2015 telah dianjurkan majlis berbuka puasa dan solat tarawih bagi penduduk-penduduk Magentahomes. Majlis diadakan di lokasi padang mini Magentahomes SP 9/17. Majlis Berbuka puasa diadakan berkonsepkan port luck. Majlis dihadiri oleh penduduk-penduduk magentahomes hang hadir bersama keluarga.

Majlis bertujuan untuk mengeratkan lagi silaturrahim antara penduduk-penduduk di kawasan Magentahomes. Acara bermula dengan ucapan daripada tuan pengerusi KRT Magentahomes. Kemudian diikuti pula dengan majlis berbuka puasa, solat maghrib dan diteruskan pula dengan solat tarawih secara berjemaah. Majlis berakhir pada jam 10 malam.

Terima kasih diucapkan kepada penduduk-penduduk yang telah menghadirkan diri kemajlis tersebut. 


0 comments :

Post a Comment